• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Perlis FA

Posted by JustKelantanFA On Monday, April 18, 2011 Comments





Kelantan perlu bangkit jika berhajat ingin terus menjadi pencabar utama dalam liga,dengan keputusan kalah kepada Perak dan seri dengan Sabah pada dua perlawanan sebelum mula menjadi tanda tanya kepada segelintir peminat The Red Warriors betapa mampukah sekuad kesayangan mereka ini terus menghimpit pendahulu liga dan mencapai Piala Liga Super buat pertama kali.

Rata-rata peminat Kelantan tidak sabar menunggu kebangkitan skuad kesayangan ramai ini untuk terus mencipta kejutan dengan menewaskan setiap lawan yang ditemui walaupun bermain di tempat lawan.Kebangkitan The Red Warriors harus disusuli dengan semangat penyokong-penyokong terus memberi motivasi agar pemain-pemain lebih semangat bukan sahaja ketika menang,tetapi juga ketika pasukan buntu untuk mencipta kemenangan.

Perlawanan malam esok akan menjadi titik tolak kebangkitan The Red Warriors jika berhajat besar menghambat pendahulu liga dan merealisasikan harapan para peminat setia untuk mencapai Piala Liga Super buat pertama kali.Jika The Red Warriors tewas ia akan menjadi lebih sukar untuk terus merampas pendahulu liga daripada Selangor.

Lawan yang ditemui esok adalah bukan calang-calang pasukan,walaupun kedudukan Perlis didalam liga ketika ini agak terkebawah mereka baru sahaja berjaya mendapat semangat baru apabila berjaya menewaskan sekuad jang 3-2 di tempat mereka.Sudah tentunya dengan kemenangan itu akan menjadi tonik untuk sekuad Perlis untuk menundukkan sekuad Kelantan.

Di harap sekuad The Red Warriors mempamerkan aksi yang terbaik dan terus mencipta kemenangan..gomo Kelate gomo...

.:Views and Suggestions:.