• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan Terpaksa Akur....

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 6, 2011 Comments
Norfarhan meraikan jaringan gol kedua



Kekalahan kali kedua bagi saingan liga super yang memasuki perlawanan ke sembilan semalam sedikit memberi tamparan hebat bagi anak buah M.Karahtu apabila gelaran pendahulu liga super terpaksa dilepaskan kepada pasukan Selangor yang berjaya menewaskan anak buah Lim Kim Swee semalam.

Kekalahan tipis Kelantan pada perlawanan semalam sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada barisan pemain The Red Warriors supaya tidak mudah leka ketika pasukan lawan melakukan serangan.Kekalahan tipis 4-3 kepada pasukan berstatus kelab T.Team semalam banyak memberi pengajaran yang berguna kepada pemain.

Dengan tumbangnya The Red Warriors semalam,sudah tentunya hadir rasa kegembiraan bagi 3 trio yang diberi gelaran 3 abdul bagi peminat-peminat The Red Warriors kerana langkah mereka melakukan perpindahan mengejut ke pasukan T.Team ini di awal musim yang lalu tidak sia-sia apabila dapat mengalahkan bekas rakan sepasukan.

Semalam merupakan peluang untuk mereka mencipta kejutan untuk mengalahkan sekuad The Red Warriors di halaman mereka,sebelum ini mereka gagal untuk menyingkirkan sekuad The Red Warriors pada saingan peringkat pertama Piala FA.Dengan kehadiran mereka ke sekuad T.Team mahu dibukti kepada penyokong mereka dan The Red Warriors sendiri bahawa perpindahan mereka dengan gaji yang mahal tidak sia-sia.

Tidak dinafikan semalam Sekuad The Red Warriors telah bermain sebaik yang mungkin tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana walaupun ketinggalan 3-0 mereka tetap melakukan serangan untuk memperolehi gol pertama dan peluang itu diperolehi untuk merapatkan jurang gol.Disebabkan kealpaan sekali lagi mereka dihukum dengan jaringan daripada T.team.

Kesudahan::: T-Team 4 : 3 Kelantan





.:Views and Suggestions:.