• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Perak FA

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 10, 2011 Comments





Kelantan dan Perak akan membuat perhintungan bagi saingan liga Super 2011 di Stadium Majlis Bandaraya Ipoh,selasa ini yang masuk perlawanan kesebelas bagi kedua-dua pasukan.

Saingan yang di jadualkan pada hari selasa ini dijangka akan menjadi tumpuan kerana pasukan Perak tidak mahu tercicir mata lagi setelah pertama kali tewas bagi saingan liga super pada musim ini kepada pasukan Sabah,manakala Kelantan mahu melebarkan jarak mata dengan Selangor yang mengekori rapat hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Bagi kedua-dua Pasukan ini masing-masing mempunyai kelebihan untuk menewaskan antara satu sama lain.Bagi pasukan Kelantan kemenangan moral ke atas pasukan Felda United dengan jumlah jaringan yang besar 6-0 sudah cukup mengerunkan mana-mana pasukan yang akan bertemu mereka selepas ini,baik pasukan Perak sendiri.Perak pula enggan lagi untuk tercicir mata dan tidak mahu ketinggalan jauh daripada pendahulu liga iaitu Kelantan sendiri dan berniat untuk terus menyekat kemaraan The Red Warriors di persada Liga.

Namun, kehebatan Perak tidak boleh dipertikaikan kerana mereka hanya kalah sekali bagi saingan liga super musim ini kepada Sabah.Perak pada musim ini dilihat antara pasukan mencabar dalam Liga Malaysia dengan kemasukan beberapa pemain bintang dan Kejurulatihan yang baru menjanjikan saingan yang sengit kepada pasukan lawan yang menentang mereka.Kemasukan Akmal Rizal yang merupakan bekas penyerang Kelantan musim lepas telah membawa gelombang baru bagi pasukan Perak yang setakat ini mengumpul 4 gol peribadi kepada pasukan Perak.

Saingan 90 minit akan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dipertontonkan kepada penyokong-penyokong kedua pasukan yang dijangka akan membanjiri Stadium nanti dan lebih menarik ianya akan disiarkan secara langsung di Stadium Arena 801.

Siapa yang bakal mendapat tiga mata penuh bagi perlawanan ini sama-sama kita nantikan kemuncak perlawanan selasa ini.



Barisan Kemungkinan:

Kelantan FA :

Khairul Fahmi, Rizal, Zairul fitree, Daudsu, Farisham, Shakir, Danial, S Chanturu, Nurul Azwan Roya, Solehin, Norsharul

Perak FA :

Mohd Nasril,Mohd Hisyamudin,Mohd Khairi,Mohd Syazwan,Mohd Norhazrul,Sharul Nizam,Chang Wing Hoong,Mohd Fazrul,Isma Alif,Mohd Syafiq,Akmal Rizal.


Ramalan Keputusan Dari Bolakelateloni:

KELANTAN 2 : 1 PERAK

.:Views and Suggestions:.