• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Pemain The Red Warriors Kota Janji

Posted by JustKelantanFA On Saturday, April 9, 2011 Comments



Akhirnya Kelantan bangkit daripada Kekalahan tipis kepada T.Team minggu lepas dengan menjadikan Felda United mangsa apabila menewaskan pasukan berstatus kelab itu dengan jaringan yang besar 6-0 di Stadium Sultan Muhammed IV sebentar tadi.Pemain-pemain The Red Warriors telah kotakan janji untuk bangkit pada perlawanan ini,ketika di temui di KB mall baru-baru ini dan janji itu telah diterjemahkan dengan kemenangan pada perlawanan malam ini.

Pada perlawanan malam ini,Kelantan telah kembali memimpin Carta Liga setelah Selangor dan Perak menerima nasib yang berbeza apabila kalah kepada lawan masing-masing.Di Stadium Shah Alam,Selangor gagal menggunakan peluang yang diberikan oleh pengadil melalui tendangan penalti kerana didakwa pemain pertahanan T.Team menarik Amri Yahya didalam kotak penalti tetapi peluang yang diberikan gagal disempurnakan oleh Razman Roslan dengan tendangan yang lemah terus kearah Samsuri.Keputusan penuh Selangor 0-2 T.team.

Manakala di Stadium Likas,rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan liga Super Pasukan Perak akhirnya lebur apabila mereka tunduk kepada pasukan Sabah dengan jaringan 2-1.

Gol-gol Kelantan dihasilkan oleh gol 1 : Shakir, gol 2: Shahrul Idhlan( Penalti m-43), gol 3: M.Nidzad Ayub, gol 4: M.Nidzad Ayub, gol 5: Daniel Fadzly, gol 6: Izuan Salahuddin(P.Presiden).

Percaturan jurulatih M.Karathu membawa masuk pemain dari Piala Presiden menjadi apabila turut menyumbang gol pada perlawanan tersebut.

Selepas ini Kelantan akan berkunjug ke Stadium Majlis Perbandaran Ipoh untuk bertemu Perak pada perlawanan yang ke sebelas bagi saingan Liga Super.

Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors..GkG.

.:Views and Suggestions:.