• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors Tersungkur

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 13, 2011 Comments


The Red Warriors terpaksa akur dengan kekalahan ketiga bagi saingan Liga Super yang masuk perlawanan kesebelas semalam kepada Perak apabila tunduk dengan jaringan 4-0 di Stadium Ipoh semalam, dengan kekalahan itu Kelantan kini menghuni tangga ke empat liga dengan perbezaan tiga mata dengan pendahulu liga Selangor.

Gawang Kelantan yang dikawal oleh Khairul Fahmi (Apex) bolos seawal minit ke-5 apabila sepakan kencang Fazrul Hazli gagal di selamatkan oleh apex.Pada minit ke-26 sekali lagi Kelantan dihukum dengan kesilapan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dari posisi bahaya mudah untuk Shafiq Jamal menambah jaringan buat tuan rumah.

Kelantan juga mempunyai beberapa peluang terhidang,tetapi gagal untuk menterjemahkan dalam bentuk jaringan,dengan percubaan penyerang Kelantan Norshahrul yang sentiasa dikawal kemas oleh barisan pertahanan anak buah Norizan Bakar.S Canturu juga memperolehi peluang untuk merapatkan kedudukan,tetapi berjaya dihalang oleh barisan pertahanan Perak yang di kawal rapi.Walaupun separuh masa pertama jelas penguasaan bola oleh pasukan Kelantan tetapi masih gagal untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua bersambung,kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk memburu gol.Dalam kerancakan Kelantan memburu gol pertama sekali lagi mereka di hukum dengan jaringan oleh Akmal Rizal pada minit ke-79 yang gagal di selamatkan oleh apex.Kedudukan 3-0 telah memberi banyak tekanan untuk pemain Kelantan memburu gol lebih-lebih lagi dihadapan lebih 30000 penyokong tuan rumah.

Sekali lagi Perak menambah derita Kelantan apabila pemain gantian Razali Umar Kandasamy menjaringkan gol ke-4 untuk Perak yang bijak mengelecek pemain pertahanan Kelantan untuk menjaringankan gol di sebelah kanan pintu gol Khairul Fahmi.Dengan kekalahan semalam menyebabkan Kelantan telah turun ke tangga ke empat liga.

Kelantan akan menerima kunjungan Sabah di Kota Bharu bagi perlawanan seterusnya.Rata-rata peminat The Red Warriors yang ditemui selepas perlawanan semalam memberi cadangan agar ketua Jurulatih Kelantan M.Karathu agar merehatkan penjaga gol utama Kelantan iaitu apex kerana kurang konsisten sejak akhir-akhir ini dan telah melepaskan 8 gol bagi dua pertemuan liga super sebelum ini.Berdasakan sumber yang diterima juga sebelum bertandang ke Ipoh,Khairul Fahmi telah menghadapi demam dan terpaksa menggagahkan diri untuk meneruskan perlawanan.

Kemungkinan untuk apex direhatkan akan dapat di ketahui beberapa hari lagi.Bagi M.Karathu beliau perlu bagi peluang kepada apex untuk merehatkan diri kerana telah diketahui bahawa jadual bagi bulan april dan mei ini terlalu padat dan apex juga terpaksa memberi komitmen keatas pasukan negeri dan juga negara.Ini merupakan peluang terbaik untuk M.Karathu mencuba penjaga gol kedua kelantan.Faktor kepenatan mungkin menjadi faktor kenapa apex lesu sejak akhir-akhir ini.



P/S : Ketua Pasukan Badri Radzi telah di rehatkan kerana aksi kurang konsistennya dalam perlawanan liga sebelum ini.

Bagi pendapat anda dengan tinggalkan komen dibawah wajarkah apex direhatkan.??..

.:Views and Suggestions:.