• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kijang Baham Harimau

Posted by JustKelantanFA On Friday, April 1, 2011 Comments
S.Chanturu cuba lepasi kawalan pemain Harimau Muda

Sekuad The Red Warriors terus mendahului liga apabila menewaskan pasukan Harimau Muda A pada perlawanan liga super sebentar tadi.Kelantan mula membuka jaringan seawal minit ke-11 melalui rembatan Solehin atau K.Soley yang terkena kaki Muhd Fadhli Sas terus masuk ke gawang Harimau Muda.

Pada minit ke-24 sekali lagi Stadium Sultan Muhammed ke-IV gamat dengan sorakan penonton yang hadir apabila S. Chanturu bijak melorong bola yang gagal dikawal kemas oleh pertahanan Harimau Muda sebelum memperdaya penjaga gol dengan menambah gol kedua buat Kelantan.

Kelantan dilihat lebih banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan sebelum wisel rehat separuh masa pertama sekuad Harimau Muda berjaya mencuri peluang dengan menjaringkan gol pada minit ke-44 oleh Irfan Fazail.

Bersambung separuh masa kedua,sekuad Harimau Muda mula bermain lebih agresif dan melakukan hantaran jauh untuk mengelirukan pemain Kelantan dan juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Tetapi Kelantan juga mempunyai beberapa peluang yang berderetan untuk menambah jaringan gol melalui percubaan S.Chanturu tetapi sedikit tersasar dan percubaan Norshahrul Idhlan juga sedikit melewati palang gol.

Pada pertemuan ini Kelantan terus kekal selaku pendahulu liga apabila berjaya mengutip tiga mata yang bermakna untuk terus kekal sebagai pendahulu.

.:Views and Suggestions:.