• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Stadium Sultan Muhammed IV gelanggang Sekuad Olimpik??

Posted by JustKelantanFA On Monday, April 4, 2011 Comments

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV,sebagai lokasi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 bagi Sekuad Olimpik negara menentang Lubnan pada 23 jun depan.

Permohonan akan dikemukakan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.

Perkara tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC terutama sekiranya hasrat itu berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang 'hidup dan penuh' bagi memberi sokongan padu negara.

Jika hasrat KAFA tercapai ini merupakan satu perlawanan peringkat antarabangsa yang akan dapat dilihat di Stadium Sultan Muhammed IV,sudah tentunya akan menarik lebih ramai peminat bola tempatan untuk menyaksikan perlawanan yang penuh bersejarah ini.Suasana kemeriahan bola sepak di Kelantan sendiri dapat dilihat setiap kali perlawanan diadakan,setiap ruang yang ada di Stadium sentiasa penuh dengan penyokong setia The Red Warriors.

Hasrat KAFA juga turut mendapat reaksi yang positif daripada penyokong setia Sekuad Harimau Malaya,rata-rata menyatakan ini langkah yang bijak untuk menaikkan lagi semangat penyokong untuk datang setiap kali perlawanan yang melibatkan sekuad negara.Hasrat ini juga turut disokong oleh jurulatih sekuad Olimpik negara Ong Kim Swee.


Petikan daripada Facebook Tan Sri Anuar Musa:

.:Views and Suggestions:.