• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Bangkitlah The Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Monday, June 13, 2011 Comments


Pemain Kelantan harus melupakan episod kekalahan dalam kejuaraan Piala FA,tumpuan kini terarah kepada satu lagi Piala yang bakal digenggam sekuad The Red Warriors iaitu kejuaraan Liga Super yang masih berbaki dua perlawanan lagi.

Jika misi memburu kejuaraan liga super berjaya,maka ia di anggap sebagai tonik bagi pengubat duka kepada barisan pemain dan penyokong setia The Red Warriors akibat daripada kegagalan untuk mendapat kejuaraan Piala FA.

Tumpuan yang terarah ketika ini ialah perlawanan liga super antara Kelantan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammed ke-IV malam esok.Pemain Kelantan harus bangkit membuktikan mereka mampu menewaskan Perak bagi mencerahkan peluang untuk menjulang Piala Liga Super buat pertama kali untuk bumi kelantan.Mereka hanya perlu menang dengan Perak dan seri dengan Sabah sudah memadai buat sekuad The Red Warriors di nobatkan juara Liga Super 2011.

Pada perlawanan pusingan pertama liga super, sekuad Kelantan telah tewas 4-0 kepada Perak di halaman lawan dan malam esok boleh di anggap malam bagi membalas dendam dan kebangkitan untuk sekuad The Red Warriors setelah kecewa sebelum ini.Sudah tentu malam esok suasana berbeza jika dibandingkan dengan suasana pertemuan pusingan pertama liga super beberapa bulan sebelum ini.

Penyokong setia The Red Warriors diseru untuk kembali membangkitkan semangat pemain untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan yang penting malam esok dengan menghadirkan diri ke Stadium untuk memberi sokongan moral kepada para-para pemain supaya moral pemain tidak jatuh ke di atas kegagalan untuk mendapatkan Piala FA beberapa hari lepas.

Pemain The Red Warriors harus melupakan segala kegagalan yang menimpa dan harus bangkit dari kekecewaan yang melanda kem Kelantan dengan membuktikan kepada peminat setia mereka tetap berbisa.Dalam arena bola sepak sudah menjadi lumrah ketika berjaya pemain dipuji,dan ketika gagal pemain dikeji ini sudah menjadi sebati buat pemain bolasepak profesional ketika ini.

Kepada penyokong-penyokong The Red Warriors anda diseru buanglah tabiat lama,iaitu membaling objek dan membaling mercun ke dalam padang.Ini kerana akan merugikan pasukan kita sendiri,perkara ini telah dibuktikan ketika Final Piala Fa beberapa hari lepas sehingga pengadil memberikan masa tambahan yang agak panjang kerana terdapat segelintir penyokong membaling mercun sehingga perlawanan dihentikan pihak lawan berjaya mencuri peluang menjaringkan gol penyamaan.

Apapun peristiwa duka harus dilupakan dan Kelantan harus bangkit untuk meneruskan misi yang kedua iaitu memburu kejuaraan Liga Super.

Piala Liga Super

Sokongan kita zaman berzaman...Ayuh Bangkit Perwiraku..gomo Kelate gomo..

.:Views and Suggestions:.