Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Laman Web FAM di godam lagi!
Posted by JustKelantanFA
On
Friday, October 28, 2011
Laman Web FAM di godam lagi!
2011-10-28T09:26:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

Laman web FAM sekali lagi menerima tempias ekoran kenaikan harga tiket final Piala Malaysia yang tidak munasabah apabila digodam oleh individu yang dikenali UM'07,pjpb Cr3ws,Gaysec dan anti-P4sti.Dalam masa tidak sampai setengah hari dua kali laman web Fam telah digodam oleh individu terbabit.
Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.
Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar Harian Metro bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.
Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Laman Web FAM di godam lagi!
2011-10-28T09:26:00+08:00
JustKelantanFA