• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Penyokong Negeri Sembilan dibelasah!!

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 30, 2011 Comments

Salah seorang penyokong bola sepak Negeri Sembilan di belasah teruk oleh beberapa orang penyokong bola sepak Terengganu di Stadium Shah Alam semalam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia,Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut telah dibelasah beramai-ramai,ekoran daripada cuba mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Terengganu di tempat letak kereta penyokong Terengganu.Rakan-rakan kepada mangsa yang cuba membantu juga terkena pukulan daripada sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu dan kecewa setelah kalah 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Tindakan lelaki tersebut yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu tambah memburukkan lagi keadaan.Meskipun ada penumpang yang simpati,lelaki tersebut terus dibelasah.

Berikut video yang berjaya dirakam:-

.:Views and Suggestions:.