• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly: Kelantan FA 1 vs 3 Songkhla FC

Posted by JustKelantanFA On Saturday, October 8, 2011 Comments


Kelantan mencatat kekalahan 1-3 dalam perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Thailand,Songkhla Fc,di Stadium Sultan Muhammed ke-IV semalam.Kelantan yang dibarisi keseluruhan pemain simpanan dan empat orang pemain import yang sedang menjalani latihan untuk pemilihan mewakili skuad Red Warriors musim 2012,terlebih dahulu mengejutkan pelawat dengan jaringan pemain import Kelantan dari Malawi,Chikondi Mpulula seawal minit pertama perlawanan.

Skuad The Red Warriors dilihat banyak menguasai bola pada separuh masa perlawanan dengan berjaya menembusi beberapa kali benteng pertahanan Songkhla Fc,tetapi gagal untuk menambah jaringan.

Bersambung separuh masa kedua,Kelantan terpaksa mengeluarkan penjaring pertama Red Warriors,Chikondi Mpulula pada minit ke-65 selepas beliau mengalami kecederaan dan digantikan dengan Ramzul.

Songkhla Fc akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 hasil asakan bertali arus ke kubu Kelantan yang dikemudi oleh kapten pasukan pada malam itu,Rizal Fahmi dan pemain import tinggi lampai dari Crotia,Jocip Bonacin.

Berselang beberapa minit kemudian,Songkhla Fc berjaya menambah jaringan kedua hasil kekalutan yang berlaku di depan pintu gol Kelantan yang berjaya ditolak mudah oleh penyerang Songkhla Fc.Songkhla Fc berjaya menambah gol ketiga apabila bijak memperdaya pertahanan Kelantan seterusnya merembat masuk ke gawang Kelantan yang dikawal oleh Halim Napi.

Tamat perlawanan Kelantan Fa 1-3 Songkhla Fc.

.:Views and Suggestions:.