• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Misi Kelantan musim 2012

Posted by JustKelantanFA On Monday, October 24, 2011 Comments


The Red Warriors sasar empat piala,

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), memasang hajat besar, apabila menyasarkan memenangi kesemua empat piala dipertandingkan dalam Liga Malaysia, musim depan.

Musim ini Kelantan berjaya memenangi dua iaitu muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan bergelar naib juara Piala FA serta gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun sasaran tersebut dianggap sukar namun, ia tidak mustahil mampu dicapai berdasarkan persiapan The Red Warriors yang sudah memulakan pembentukan pasukan lebih awal bermula daripada sekarang.

“Saya mahu kita lebih progresif pada tahun depan. Kita sudah menjadi juara Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super pada musim ini dan sudah pasti kita harus mempertahankan kedua-dua piala tersebut pada musim depan.

“Tahun ini kita hanya sekadar menjadi naib juara Piala FA dan tahun depan matlamat kita pula adalah untuk menjadi juara dan untuk Piala Malaysia, walaupun kita terkandas di peringkat suku akhir musim ini, tetapi kita tahu Kelantan merupakan pasukan yang terbaik dan berupaya untuk menjadi juara," katanya.

P/s: sumber sinar

.:Views and Suggestions:.