• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan belum mencapai tahap sebenar

Posted by JustKelantanFA On Monday, January 9, 2012 Comments


KELANTAN gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu selepas ditundukkan Negeri Sembilan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Dua gol bintang import skuad Hobin Jang Hobin, Jean Emmanuel Effa Owona meranapkan impian anak-anak buah Peter James Butler untuk membuka tirai saingan musim 2012 Liga Super yang bermula esok dengan bergaya.

Biarpun mendahului melalui jaringan penggempur prolifik mereka, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19, ia masih gagal untuk meniup semangat pemain-pemain Kelantan untuk terus bertahan dari asakan bertali arus jentera hadapan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Owona.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, mereka terpaksa akur dengan kehebatan anak-anak buah Mohd. Azrai Khor Abdullah yang jelas menguasai babak kedua permainan melalui serangan pantas yang berbahaya.

Menurutnya, kebangkitan yang dipamerkan Negeri Sembilan selepas ketinggalan satu jaringan begitu menakjubkan sehingga 'melemaskan' barisan pertahanan Kelantan yang turut kehilangan Azizi Mat Rose yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

"Inilah bola sepak, ketika anda yakin untuk menang tetapi sebaliknya berlaku. Kelantan adalah sebuah pasukan yang baik dan bermain dengan baik tetapi kita tewas kepada pasukan yang bermain lebih baik daripada kita.

"Mereka memiliki pemain import yang bagus dan dengan aksi yang dipamerkan, beliau (Owona) mampu membangkitkan semangat rakan-rakan lain serta mencorakkan permainan pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, secara keseluruhan prestasi yang ditunjukkan oleh Kelantan belum mencapai tahap sebenar dan sentiasa masih ada ruang untuk diperbaiki terutama dalam mengharungi jadual perlawanan yang begitu panjang dan padat musim ini.

Katanya, dua bintang import yang dimiliki Kelantan, Mohammad Ghaddar dan Denny Antwi nyata belum berada di tahap sebenar dan mereka perlu bekerja lebih keras untuk mempamerkan aksi yang setimpal.

"Sebagai seorang pemain import sudah tentu mereka perlu memiliki 'Faktor X' yang membezakan antara mereka dan pemain-pemain tempatan dari semua segi. Mereka perlu menjadi kunci kejayaan pasukan seperti apa yang dilakukan Owona.

"Bagaimanpun, masih terlalu awal untuk kita mengukur kemampuan pemain-pemain import kita. Mereka akan diberikan peluang untuk memperbaiki persembahan dan kita yakin pemain-pemain Kelantan akan bangkit dari kekecewaan ini," ujarnya.

Jelasnya, kekalahan yang dialami cukup memeritkan namum, para pemain perlu lupakan segera episod duka tersebut kerana perjalanan mereka akan bermula Selasa ini dengan tugas mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu perlu dipikul.

.:Views and Suggestions:.