Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Tiada tekanan di tempat lawan:Daudsu
Posted by JustKelantanFA
On
Friday, January 20, 2012
Tiada tekanan di tempat lawan:Daudsu
2012-01-20T08:27:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

PERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.“Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Daudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi.
“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus.
“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Peter Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Tiada tekanan di tempat lawan:Daudsu
2012-01-20T08:27:00+08:00
JustKelantanFA