• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan berjaya,Kedah terus merana

Posted by JustKelantanFA On Saturday, January 21, 2012 Comments


Kedah terus dilanda kemarau gol dalam tempoh 360 minit Liga Super musim ini.

Kelantan memburukkan lagi keadaan apabila meraih tiga mata penuh ketika bertandang di Stadium Darul Aman menerusi kemenangan selesa 3-0 yang menyaksikan mereka melonjak ke persada Liga Super.

Sang Kenari membuat kejutan apabila pemain import dari Brazil, Daniel Soares Neves bermula dari bangku simpanan.

Babak pertama beraksi dengan jaringan tunggal pemain import dari Lubnan, Muhammed Ghaddar yang menyudahkan penalti pada minit ke-35 selepas Norshahrul Idlan Talaha yang dijatuhkan Fauzie Nan.

Tiga minit menuju waktu rehat, gerakan Khyril Muhymeen hampir memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat namun sepakannya lemah menuju ke gol sehingga sempat dikuis penjaga gol Kelantan itu.

Kelantan menambah lagi dua gol menerusi Norshahrul yang bijak menyempurnakan hantaran Danny Antwi pada minit ke-78 sebelum pemain gantian itu sendiri menyumbat gol peribadi pertamanya berpunca daripada penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza yang lambat mengeluarkan bola dalam kotak penalti.

Sebaik wisel babak kedua ditiupkan, beberapa insiden kekasaran pemain Kedah terhadap Ghaddar mencemarkan permainan tetapi mujur permainan masih dapat dikawal dengan baik.

Kedah yang dibimbing Nidzam Adha banyak menggunakan corak hantaran tinggi bagi mencari Khyril Muhymeen.

Kedah memperolehi dua percubaan menarik pada separuh masa kedua yang menyaksikan rembatan deras Faizal Abu Bakar menggegar palang gol Kelantan sementara sepakan percuma Sabre Mat Abu gagal disambar dalam kotak penalti tatkala V. Thirumugan berada di kedudukan terbaik.

Tandukan Baddrol Bakhtiar yang kembali selepas cedera juga dapat dibaca Khairul Fahmi sebelum gol Antwi menutup aksi pada malam ini.


.:Views and Suggestions:.