.:Follow Us:.
Kelantan bakal rombak pemain import

Kelantan bakal merombak barisan pemain importnya selepas penyerang muda Danny Antwi gagal menyerlah dalam tiga perlawanan Liga Super yang lalu.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, dengan seorang lagi pemain import dari Nigeria, Obinna Nwaneri bakal diuji Kelantan untuk memperkuatkan barisan pertahanan.
Ia berpunca daripada kegagalan Antwi untuk menyerlah dan dengan usia Antwi masih muda iaitu 19 tahun belum untuk pemain kelahiran Ghana itu menyerap tekanan di atas padang.
"Kelantan sebagai juara bertahan tidak boleh beraksi tidak buruk hanya kerana pemain import yang beraksi dibawah tahap sebenar.
"Saya mengakui masalah pemain import ini bukan sahaja dihadapi Kelantan sahaja, negeri lain pun sama. Ini kerana kita tidak tahu mutu yang sebenar," katanya.
Annuar berkata, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu akan tiba di Kota Bharu minggu depan untuk menjalani latihan serta perlawanan persahabatan.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.