Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Apex tuntut rakan bangkit
Posted by JustKelantanFA
On
Monday, January 16, 2012
Apex tuntut rakan bangkit
2012-01-16T13:57:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

Justeru, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menuntut rakan sepasukannya bangkit mempamerkan aksi cemerlang dan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan mengutip tiga mata penuh.
“Memang sedikit terkilan apabila kita gagal mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan PKNS FC dan bertemu Johor FC, kita perlu menang bagi memulihkan keyakinan penyokong.
“Meskipun ini baru permulaan liga, setiap pasukan tidak boleh tercicir mata. Awal saingan liga seperti inilah kita perlu mengutip mata sebanyak mungkin kerana tidak mahu berdepan kesukaran mengejar mata di penghujung liga nanti,” katanya.
Sementara itu, Khairul Fahmi yang masih belum pulih daripada kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan pertama menentang Lions XII di Singapura minggu lalu berharap dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Johor FC.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Apex tuntut rakan bangkit
2012-01-16T13:57:00+08:00
JustKelantanFA