• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

FAM bertindak diluar jangkaan lagi!!!

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, January 25, 2011 Comments
bolakelateloni-tindakan FAM kali ini menampakan lagi ketidak prefesionalan pergurusan badan induk itu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda antara badan induk itu dengan pihak pengurusan bolasepak negeri,ada saja masalah yang ingin di timbulkan oleh badan induk itu terutama apabila melibatkan negeri Kelantan.

Keputusan yang dilakukan oleh FAM untuk mengekalkan hukuman keatas Pengendali sekuad The Red Warriors b.sathianathan ,disaat empat hari sebelum sepak mula liga super yang akan mempertemukan Kelantan menentang Selangor bagi merebut piala sumbangsih yang dijadualkan pada 29 hb ini.

B.Sathiathan yang sebelum ini melemparkan kritikan terhadap perlawanan Terengganu dan Perlis yang sepatutnya diadakan di stadium Kangar, namun di ubah ke Stadium Terengganu akibat masalah teknikal.

Sebelum ini pihak FAM telah membuat kejutan dengan mengantungkan b.sathianathan disaat pemain Kelantan memerlukan bimbangan beliau ketika Kelantan menentang Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia tahun lepas.

Hukuman yang dibuat oleh badan induk bola sepak negara itu (FAM) lebih berat daripada hukuman oleh konfederasi badan induk bolasepak Inggeris iaitu(FA) jika melibatkan perkara yang hampir sama.Sebagai contoh Sir Alex Furguson yang mengkritik keputusan pengadil hanya dikenakan denda berbentuk wang dan jika kena pergantungan sekurangnya hanya satu atau dua perlawanan sahaja.,tetapi wajarkah Fam mengenakan denda dan pergantungan sehingga enam bulan kepada b.sathianathan.Sedarlah wahai Fam jangan sampai bakat yang ada pada Jurulatih didalam negara akan terus berkubur begitu sahaja.

.:Views and Suggestions:.