Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Posted by JustKelantanFA
On
Monday, January 3, 2011
2011-01-03T16:49:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

Bolakelateloni-3jan : Penjaga gol sekuad kebangsaan dan The Red Warriors Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan gelaran (apex) telah dihadiahkan sebuah rumah oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu acara majlis sebentar tadi.Ini adalah kerana jasa beliau yang mengemudi benteng akhir skuad negara sehingga digelar juara Piala AFF seterusnya menamatkan kemarau 14 tahun kejuaraan bagi sekuad Harimau Malaya.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis tersebut.
Keupayaan Khairul Fahmi terserlah apabila berjaya menahan asakan bertubi-tubi daripada pasukan Indonesia pada Final kedua di Stadium Bung Karno apabila menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan Firman utina kapten pasukan Indonesia walaupun pasukan negara tewas 2-1 pasukan negara layak digelar juara dengan agregat 4-2 ketika belasah Indonesia pada pertemuan final pertama 3-0 di Stadium Bukit Jalil.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
2011-01-03T16:49:00+08:00
JustKelantanFA