Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Posted by JustKelantanFA
On
Sunday, January 2, 2011
2011-01-02T09:48:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)
KELANTAN FA

VS
SELANGOR FA

Tempat: Stadium Shah Alam
Masa: 8.45 Mlm
Tarikh: 29 Januari 2011
Bolakelateloni- Selangor(RedGiant) dan Kelantan(The Red Warriors) akan membuka saingan liga M 2011 dalam perlawanan piala sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.Perlawanan akan berlansung pada 29 januari 2011 ini di stadium Shah Alam,pukul 8.45 malam.Perlawanan ini akan menjanjikan saingan yang menarik bagi kedua-dua pasukan yang digelar gergasi bagi pasukan bolasepak tanah air sekarang bagi merebut piala sumbangsih.Apa yang menjadi kerisauan dikalangan peminat tempatan adalah risau akan kejadian pergaduhan para penyokong fanatik kedua-dua pasukan akan berulang kembali seperti perlawanan suku akhir Piala Malaysia akhir tahun lalu..Jadi sebagai peringatan bagi kedua-dua penyokong Red Giant dan The Red Warriors haruslah bekerjasama demi untuk memartabatkan kembali maruah bola sepak negara.Apa yang saya nak cakap adalah saya amat tertarik dengan semangat para penyokong ketika Piala AFF Suzuki Cup tidak kira dari pelusuk negari menyokong sama-sama pasukan kebangsaan sehingga bergelar juara.Kita haruslah kekal menyokong pasukan kita walaupun menang atau kalah.Gomo Kelate Gomo!!!
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
2011-01-02T09:48:00+08:00
JustKelantanFA