Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Kelantan terus di Puncak Liga
Posted by JustKelantanFA
On
Wednesday, February 16, 2011
Kelantan terus di Puncak Liga
2011-02-16T20:45:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

Bolakelateloni-Kelantan terus berada dipuncak liga super apabila mengekalkan perlawanan tanpa kalah dengan menjadikan sekuad warga kota,Kuala Lumpur mangsa terbaru dengan jaringan 2-0 pada pertemuan di Stadium Sultan Muhammed ke-1v semalam.Kuala Lumpur bertindak sebagai tuan rumah dalam perlawanan ini kerana stadium Cheras tidak dapat diadakan kerana menjalani proses baikpulih.Jaringan pertama Kelantan dihasilkan oleh Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada (min- 46),manakala jaringan kedua oleh Norshahrul Idhlan Talaha pada (min-86) yang juga merupakan penyerang sekuad Harimau Malaya.Tahniah kepada sekuad The Red Warriors dengan kemenangan ini.Sokongan kita zaman-berzaman bukan ketika menang sahaja..

Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail (Wan Rohaimi Wan Ismail), Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Solehin Kanasian Abdullah (Mohd Nizab Ayub), Mohd Shakir Shaari, Mohd Ramzul Zahini Adenan (Danial Fadzly Abdullah) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
KUALA LUMPUR : Norazlan Razali, Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Shahrom Abd Kalam (KP), Ahmad Azlan Zainal (Farouk Hashim), Mohd Farid Ramli, Muhammad Shafiq Johari, Ahmad Dashila Tajudin, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Norismaidham Ismail (Ahmad Hazwan Rahman), Muhammad Afiq Azmi (Mohd Badrul Hisham Azmi) dan Azwan Abd Malek.
FORMASI : 4-4-2
FORMASI : 4-4-2
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Kelantan terus di Puncak Liga
2011-02-16T20:45:00+08:00
JustKelantanFA