• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan buat persiapan awal

Posted by JustKelantanFA On Friday, September 30, 2011 Comments


Uji trio import

Skuad red warriors akan membuat persiapan awal saingan musim depan apabila bakal menguji enam pemain import untuk diserapkan dalam pasukan.Enam pemain import tersebut masing-masing dari Ivory Coast,Croatia,Ghana dan Nigeria.

Kesemua pemain akan diuji secara berperingkat melalui ujian yang akan diadakan dan hanya tiga pemain yang akan terpilih.Tiga pemain akan diuji pada perlawanan persahabatan dengan kelab dari Thailand,Songkla FC manakala selebihnya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang lain.

Bagaimanapun hanya dua akan didaftarkan untuk saingan Liga Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).Seorang lagi akan di daftarkan untuk beraksi dalam kejohanan Piala AFC tahun depan.

Walaupun persiapan tersebut dilihat terlalu awal,ia penting buat skuad Kelantan untuk persaingan peringkat antarabangsa nanti.

.:Views and Suggestions:.