• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan masih taruh Harapan

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 8, 2011 Comments
Stadium Sultan Muhammad ke-iv

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih menaruh harapan tinggi agar perlawanan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Mac tahun depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun mengakui peluang pasukan Kelantan untuk beraksi di tempat sendiri agak tipis memandangkan kemudahan di stadium berusia 67 tahun ini tidak dipertingkatkan, namun beliau masih menaruh harapan impian tersebut tercapai.

“Seboleh-bolehnya saya mahu Kejohanan AFC berlangsung di Kota Bharu. Tetapi persoalannya bolehkah kita bermain di sini sedangkan kita masih tidak dapat memenuhi pelbagai syarat yang diletakkan oleh pihak AFC.

“Saya dimaklumkan Setiausaha Agung, Azman Ibrahim, banyak soalan yang perlu kita isi pada borang AFC namun sukar untuk kita jawab. Misalnya bolehkah tahap pencahayaan stadium kita mencapai 1,200 lux sedangkan ketika ini hanya sekitar 800 lux sahaja.

“Begitu juga dengan scoreboard (papan keputusan elektronik) yang sampai sekarang tidak dibuat sejak setahun lalu.

"Memang kita dukacita, bukannya isu besar pun soal scoreboard tetapi sampai sekarang gagal dipasang. Saya akan minta Setiausaha Agung kemukakan rayuan kepada pihak AFC,” katanya.

Dalam majlis undian Kejohanan AFC yang berlangsung di ibu negara tiga hari lalu, Kelantan selaku juara Liga Super musim ini diundi dalam Kumpulan H bersama dengan tiga lagi pasukan iaitu Navibank Saigon (Vietnam), Arema Malang FC (Indonesia) serta Ayeyawady United FC dari Myanmar.

Ketika ditanya sejauh mana maklum balas Kerajaan Negeri mengenai perkara tersebut, Annuar meminta media menanyakan sendiri perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

“Saya tidak mahu komen lebih lanjut. Yang saya tahu kita kena ada stadium kerana orang Kelantan hendak tengok bola. Kalau tidak ada pilihan mungkin kita terpaksa cari stadium lain seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kontroversi yang melanda penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat yang baru kematian adik tirinya baru-baru ini, Annuar menganggap itu merupakan sebahagian daripada proses biasa yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang mula mendapat populariti ketika ini.

“Saya fikir itu merupakan satu proses yang biasa apatah lagi dengan wujudnya pelbagai ruang alam maya seperti Facebook dan Twitter ini. Beliau perlu bijak menangani sendiri setiap isu yang melandanya.

“Dia ada keluarga, ada majikan dan ada negeri. Dia perlu jaga nama baik ketiga-tiga perkara yang saya sebutkan itu.

"Walau bagaimanapun saya memang bercadang untuk berjumpa dengan beliau sekeluarga selepas ini,” katanya.

P/s sumber: SH

.:Views and Suggestions:.