• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan tundukkan Perak

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 1, 2011 Comments


Pasukan Kelantan berjaya menutup tirai perlawanan persahabatan pra-musim di tempat lawan ketika bertemu Perak dengan noktah kemenangan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi sebentar tadi.

Perlawanan malam ini,skuad The Red Warriors menurunkan buat pertama kali penyerang antarabangsa Lubnan,Mohammed Ghaddar yang telah melaporkan diri beberapa hari yang lepas untuk latihan pertama bersama Kelantan.

Malah lebih menarik lagi,kehadiran semula tiga bekas tonggak pasukan Kelantan yang menyertai T-team tahun ini dengan kembali menyarung jersi Kelantan musim hadapan turut diturunkan malam ini iaitu Indra,Farhan dan Azizi Mat Rose.

Jaringan Kelantan diperolehi seawal minit ke-12,apabila Dany Antwi dijatuhkan didalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Perak yang diambil sendiri oleh beliau untuk jaringan pertama Kelantan.

Perak juga turut melancarkan beberapa serangan kearah pintu gol Kelantan,pada minit-17 Perak hampir mendapat gol penyamaan melalui tendangan Fahrulrazi Kamaruddin tetapi tiang gol menjadi penghalang.

Kelantan berjaya mendapat gol kedua pada minit-24,melalui jaringan Indra Putra dan peluang untuk Perak merapatkan kedudukan pada minit-34 sekali lagi terhalang dengan palang gol.

Bersambung babak kedua,Kelantan memasukkan Ghaddar ,Nurul Azwan Roya dan Ramzul dengan mengeluarkan Dany Antwi,Indra dan Norfarhan.Perak akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit-61 melalui ketua pasukan mereka,Shahrulnizam Mustapha.

Beberapa minit sebelum perlawanan ditamatkan,Kelantan sekali lagi dihadiahkan tendangan penalti setelah pertahanan Perak menampang bola dengan tangan di dalam kotak penalti disempurnakan oleh Mohammed Ghaddar menjadikan kedudukan 3-1.

Perlawanan seterusnya 10 Disember 2011 Kelantan akan menentang T-team di Stadium Sultan Muhammad ke-iv,Kota Bharu.

.:Views and Suggestions:.