Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
'Buruan trofi bermula'
Posted by JustKelantanFA
On
Saturday, January 7, 2012
'Buruan trofi bermula'
2012-01-07T08:47:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (2)

EGO masing-masing harus memuncak, malam ini ketika dua pasukan gergasi bakal berarak turun ke gelanggang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, selaku pemegang trofi prestij dalam Liga Malaysia.Kelantan bimbingan Peter Butler akan hadir selaku juara Liga Super manakala Negeri Sembilan dikendali Azraai Khor Abdullah juga gah dengan status juara Piala Malaysia. Elemen itu harus mencetus pertembungan menarik dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.Di sebalik tekad besar kedua-dua ketua jurulatih itu mahu menang dan pulang dengan satu lagi koleksi trofi, namun sifat merendahkan diri tetap terpancar di wajah masing-masing ketika menghormati lawan masing-masing - yang lebih terarah kepada faktor diplomasi.
Comments (2)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
'Buruan trofi bermula'
2012-01-07T08:47:00+08:00
JustKelantanFA
shafik · 692 weeks ago
aniss · 692 weeks ago