• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

KAFA perkenal bonus insentif kemenangan

Posted by JustKelantanFA On Sunday, January 1, 2012 Comments



Pemain Red Warriors bakal menikmati 'bonus tambahan' setiap kali mencipta kejayaan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kerjasama penaja utamanya Digi Telecommunication serta barisan penaja lain mewujudkan dana insentif.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, bonus berkenaan akan dibayar sebagai motivasi kepada barisan pemain setiap kali mencipta kejayaan.

Menurutnya, bonus tersebut akan dibayar mengikut perlawanan dan kejayaan menjulang piala, sama ada Piala FA mahupun Piala Malaysia.

"Sebagai contoh, jika pasukan berjaya menjulang piala, kita akan berikan bonus pasukan secara sekali gus. Selain itu jika berjaya meraih kejuaraan Piala FA atau Piala Malaysia setiap pemain akan menerima bonus sebanyak RM8,000 dan jumlah tersebut bergantung kepada dana yang dikumpul.

"Pemain telah dijelaskan mengenai cara pengagihan bonus ini dan untuk setiap perlawanan kita akan beri bonus minimum RM500. Ini kali pertama kita buat skim yang diperkenalkan pada awal musim," katanya.

Mengenai penjualan tiket secara dalam talian, Annuar memberitahu, ia bertujuan memudahkan peminat untuk mendapatkan tiket perlawanan tanpa perlu beratur di kaunter.

Katanya, kaedah ini memberikan peluang kepada peminat untuk memilih perlawanan mana yang mahu saksikan.

"Dengan ini tidak timbul lagi masalah penjualan tiket di sana sini, masalah ulat tiket dan harga dinaikkan sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

.:Views and Suggestions:.