• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Piala Malaysia:Kelantan Fa vs Johor Fc

Posted by JustKelantanFA On Saturday, September 10, 2011 Comments

Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu mahu barisan pemain Kelantan meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.

“Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).

“Walaupun kita pernah menumbangkan mereka dalam saingan Piala FA dan liga lalu, namun saya tidak akan mengambil mudah pertemuan kali ini.

“Saya tahu Johor FC merupakan sebuah pasukan yang baik dan sukar untuk dikalahkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, dia yakin Johor FC akan berjuang habis- habisan seterusnya mencipta kejutan untuk menumbangkan skuad The Red Warriors.

Karathu berkata, para pemainnya sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut yang merupakan aksi pertama di gelanggang sendiri.

“Kita akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan ini. Saya berharap para pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki dengan menjaringkan gol bagi memastikan kita meraih kemenangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih yang kaya dengan pengala- man itu memberitahu, kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting buatnya untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

“Kemenangan dalam perlawanan malam ini akan mencerahkan peluang buat The Red Warriors mengumpul mata maksimum dan melangkah ke saingan seterusnya,” ujarnya.

.:Views and Suggestions:.