• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors bakal jumpa siapa??

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, September 27, 2011 Comments




KOTA BHARU – ‘Tak kisahlah Terengganu ataupun Negeri Sembilan.’ Begitulah komen spontan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, ketika ditanya mengenai lawan yang bakal berhadapan dengan Kelantan dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Mengakui kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri, pengendali berusia 68 tahun itu, jelas tidak mahu berlebih-lebihan memikirkan mengenai pasukan lawan yang bakal dihadapi, sebaliknya lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada persiapan pasukannya menghadapi KL Felda United FC pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini.



“Apabila berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik, kita dikategorikan antara pasukan yang terbaik.

“Bagi saya, dalam saingan kalah mati ini semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang. Kalau Terengganu, Negeri Sembilan merupakan pasukan yang kuat, kita juga kuat.

“Apabila sampai ke peringkat ini, suka atau tidak kita kena hadapi mana-mana pasukan. Namun fokus awal saya sudah pasti terarah kepada pertemuan menentang KL Felda United FC malam ini. Kita tetap akan menurunkan barisan terkuat walaupun beberapa pemain utama terpaksa diketepikan.

“Soal siapa juara atau naib juara kumpulan itu bukan persoalan yang saya perlu fikirkan.

“Kita akan turun main macam biasa dan buru kemenangan. Memang saya akan buat sedikit rombakan, namun saya percaya dengan kebolehan pemain simpanan yang bakal diturunkan malam ini,” katanya.

.:Views and Suggestions:.