• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly: Kelantan Fa Vs Balestier Khalsa Fc

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 22, 2011 Comments

Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan seterusnya dengan sebuah kelab dari Singapura setelah berjaya mengalahkan skuad Kebangsaan Maldives 2-1 dalam aksi persahabatan pra musim pertama di Stadium MPPJ minggu lepas.

Skuad red warriors bakal ke kota Singa dalam aksi perlawanan persahabatan tersebut.
READ MORE

Kelantan tewaskan Maldives

Posted by JustKelantanFA On Saturday, November 19, 2011 Comments

Kelantan berjaya menewaskan pasukan kebangsaan Maldives 2-1 dalam siri perlawanan pra musim bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Stadium MBPJ semalam.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan skuad Kelantan seawal minit ke-5 apabila penyerang utama skuad mereka,Ali Ashfaq berjaya menewaskan Syazwan,penjaga gol no 3 Kelantan yang baru diserapkan dari skuad Piala presiden.

Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22,melalui pemain import dari Ghana,Danny Antwi yang berjaya menyudahkan bola hasil hantaran seorang lagi pemain import yang dalam percubaan bersama Kelantan iaitu Zakaria dari Lubnan.

Bersambung separuh masa kedua,Kelantan berjaya melakukan beberapa cubaan kearah pintu gol lawan tetapi gagal disempurnakan oleh barisan penyerang yang diturunkan.Kelantan bermain tanpa diturunkan beberapa tonggak utama pasukan.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan seri 1-1,Dany Antwi sekali lagi muncul wira apabila berjaya membolosi gol pelawat pada minit-minit akhir perlawanan yang menceriakan ribuan penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium semalam.

Selepas ini,Kelantan akan mengadakan siri pra musim seterusnya yang dijadualkan bakal bertemu dengan kelab Singapura disana.
READ MORE

Perlawanan Pra musim Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Saturday, November 12, 2011 Comments


Sebelum menjelang musim baru dalam saingan Liga Malaysia bagi musim 2012,skuad Kelantan menconggak strategik dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di sekitar lembah Klang dan luar negara iaitu Singapura dalam bulan november ini.

Berikut merupakan jadual perlawanan pra musim bagi skuad TRW:-




READ MORE

Nidzad sertai Selangor

Posted by JustKelantanFA On Thursday, November 10, 2011 Comments

Bekas penyerang bola sepak Kelantan,Nidzad Ayub akhirnya sah berpindah ke pasukan baru musim hadapan,beliau dikhabarkan akan menyarung jersi gergasi lembah Klang, iaitu pasukan Selangor untuk saingan liga Malaysia musim 2012.

Sebelum ini,Nidzad pernah dikaitkan akan berpindah ke pasukan berstatus kelab Felda United,beliau sendiri memohon dari pihak Kafa supaya melepaskannya bagi mencari angin baru serta melebarkan sayap permainannya yang dilihat belum cukup untuk mengisi kesebelasan utama sekuad Red Warriors sebelum ini.

Dengan penghijrahan ini,diharap dapat mengembangkan lagi karier beliau selaku pemain bola sepak suatu hari nanti dan dapat bermain dalam kesebelasan utama pasukan Selangor yang dibimbing oleh jurulatih baru mereka iaitu saudara Irfan Bakti.
READ MORE

Mohamad Ghaddar sah milik Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 8, 2011 Comments

Kelantan akhirnya mengesahkan mendapat khidmat penyerang skuad kebangsaan Lubnan,Mohamad Ghaddar bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim hadapan dengan kontrak selama dua tahun.

Selain penyerang dari Lubnan ini,Kelantan juga telah mengikat dua pemain import dari Ghana,iaitu Denny Antwi dan Emmanuel Okime yang baru berusia 18 tahun ketika ini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didalam satu majlis pegumuman pemain yang bakal membarisi skuad Red Warriors musim hadapan di Kelantan Trade Canter (KTC) pagi tadi, selain kehadiran semula tiga trio pemain yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,iaitu Indra,Farhan dan Azizi yang akan memperkuatkan lagi barisan skuad Kelantan musim hadapan.


READ MORE

'Hentikan kritik saya'

Posted by JustKelantanFA On Friday, November 4, 2011 Comments

Khairul Fahmi Che Mat(Apex) memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.

“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.

“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.”
READ MORE

Kelantan uji Gonzales

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 1, 2011 Comments
Sergio Gonzales

Skuad Kelantan sekali lagi bakal menguji seorang pemain import berasal dari Sepanyol yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan bola sepak Sepanyol,Sergio Gonzales yang pernah tersenarai menyertai skuad Piala Dunia 2002 bersama Sepanyol dan pernah beraksi untuk beberapa kelab terkenal di negaranya.

Skuad Red Warriors,sebelum ini telah memulakan langkah lebih awal dengan menguji lima pemain import dari Crotia,Ghana dan Melawi termasuk seorang pemain baru yang diuji baru-baru ini,Jean Black yang bermain di liga Divisyen Dua Belanda.

Beraksi di posisi tengah,Sergio Gonzales yang kini berusia 34 tahun memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak selepas menyertai pasukan Espanyol B pada tahun 1995,sebelum diserapkan ke pasukan senior tiga tahun kemudian.

Sepanjang 14 musim bermain dalam kempen liga Sepanyol,beliau telah beraksi dalam 429 perlawanan dan berjaya meledak 42 gol,termasuk tiga gol ketika bersama pasukan terakhirnya,Levente bagi musim 2010-2011.


READ MORE

.:Views and Suggestions:.